Thursday, August 13, 2009

anak yang tidak berdosa...


'Tiada lagi kah perasaan kasih sayang di hati sanubari masyarakat kita sekarang ini?' Melihat tubuh kecil dan comel yang tidak berdosa ini, dibuang bagaikan sampah, menunjukkan betapa sudah hilangnya rasa kasih sayang di sanubari masyarakat kita hari ini.Sememangnya perkara ini harus dibenteras, sebelum ia menjadi barah di dalam masyarakat kita dewasa ini. Punca awal kejadian ini berlaku haruslah dicari dan diselesaikan dengan cara bijak. Dewasa ini kalau kita lihat pasangan remaja (termasuk juga pasangan veteran) mempunyai ruang yang luas untuk melakukan maksiat yang merupakan punca terjadinya perkara yang amat mengaibkan ini. Lihat sahaja ramai remaja kita tidak segan silu untuk berasmara dan berkucupan di khalayak ramai, tanpa dapat ditegur oleh orang ramai. Apatah lagi dikawasan yang tersembunyi seperti di hotel – hotel dan rumah-rumah tumpangan.

Oleh itu sesuatu harus dilakukan, sebagai langkah pertama, satu rumah amal harus ditubuhkan, dan talian hotline harus lah diwar-warkan untuk menerima bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Biarlah mereka membuang bayi ini di rumah-rumah yang telah dikhaskan daripada mereka membuang bayi ini di longkang dan tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

No comments: